Wednesday, July 29, 2009

char koay teow puchong perdana

Lepas maghrib tadi I keep accompany my housemate to Puchong Perdana again. This is the second time my visit there. My housemate is going to send her sister actually after pick her up on last Saturday.

What I want to share here is not about the Puchong Perdana because everybody aware about the place, of course. Especially for those who are living in the surrounding area. I'm not the good one to complaint about the day traffic but during our traveling at night, it is really congested whenever passing the Puchong border.



This is the char koay teow special, my dinner for tonight. It tasty good for me with six prawns inside. The best I had so far compared to the other places. This is also my second time after trying for the first last Saturday. Since last visit I'm not ready with the camera so didn't get the chance to shoot the photo. It taste never turn me down for this second visit. The stalls is at the roadside and they start their business after the Isyak prayer, mostly around 2100hrs daily. Better to come early if you don't want to queue up long to get serve.


And this is the sate, I'm sure everyone knows about this delicious meal. Other than char koay teow special, we also had this sate along. And it really yummy yummy... the meat is soft and all the spices is there. It still taste nice even without the kuah kacang. Huwaaa... this is really good promotion, next time when I'm going there I should ask for the promotion payment, hahaha.... Or should I ask for the free meals? Keep thinking what to ask for as a reward....

What I want to tell is, no matter how does the place look like, or the location; but when the peoples know the specialty of certain meals they will keep coming. For those who just going to eat only at the 'high class restaurant' is not the good eater. They don't know how to appreciates the value of the food because they close their eyes at certain place.

footnote: someone close to me is going to attend an interview tomorrow morning. have a good journey and best of luck. make a wise decision so that you won't regret later. good luck bro!



Monday, July 27, 2009

digicam, payung, bags......

Pagi semalam aku berkunjung ke Mines Shopping Fair, mestilah sengsorang. Lone ranger lah katakan. Dah berapa kali asyik postpone je nak ke Mines. Main reason of courselah I want to buy an umbrella for my Qaseh. Since my last visit to SACC Mall does not find any Hang Ten Boutique, so Mines would have that one. Finally, mission accomplished and I bought two umbrellas. Hmmm..... baru puas hati.

Pada hal, mula2 sekali aku pegi beli bag sandang sebab beg yang lama tu clip dia patah, tersepit kat pintu kereta. Sedih, tapi nak buat macam mana, terpaksa kukorbankan. Lepas tu jalan2 , pusing2 kat stalls yang berderet tepi tu, terjumpalah plak dengan sling beg. Agak simple (memang taste aku pun), belek punya belek, test pakai tengok, terberkenanlah plak. Aku beli pun sebab dapat harga yang aku nak, murah je sebab beg takde brand. Tapi aku bukan kisah pun, janji selesa dan sempoi.

Turun naik eskalator, pusing kanan kiri baru jumpa dengan Sony Center. Itu pun dah lenguh tangan bawak barang2. Aku memang nak beli digicam pun. Ntah macam mana aku memang berkenan dengan brand Sony nih. Dari handphone sampai ler digicam, aku rasa ini lah yang best. Hajat di hati laptop pun nak Sony Vaio tapi fulus kureng lah plak. Tak elok nak membazir benda yang tak patut.


Ini lah Digicam yang aku baru beli tuh. Cyber-shot DSC-W190 berwarna merah ni harganya MYR799.00. Agak berbaloi dengan 12.1 megapixel dan 3x optical zoom. For the new user and beginner like me, I think its suit to me. Lain kali kalau dah expert, ada duit lebih boleh je beli yang lain. Hahaha..... belum apa2 dah ada plan nak beli lain. Tak de kerja lain lah tu, asyik nak tukar beli baru aje. Ehemm... jangan membazir!


Hasilnya, ini lah rupa katilku setelah balik dari Mines. Memang semak samun betul, sakit kepala menengoknya. Tapi tu kejap je, bila tiba time tidur, secara automatik katil yang bersepah2 tu jadi kemas dan aku plak tidur lena sampai ke pagi. Hehehe... anak dara pemalas memang macam ni.


Thursday, July 23, 2009

dalam kekeliruan

Kelirukah aku? Uwwaa.... tak tahu nak buat apa. Keliru kerana apa yang berlaku akhir2 ini seperti memberi suatu petanda. Tetapi pada siapa harus aku luahkan? Seumpama luka lama kembali berdarah. Tidak!!!!

Bila dah jadi macam ni, segala yang berkaitan dengan luka lama kembali tertayang di tubir mata. Semuanya seolah2 baru semalam terjadi. Yang pasti secara tetiba aku rasa nak ke tempat yang menyimpan sejuta kenangan. Menyusuri segala liku2 perjalanan lalu. Kenangan menaiki bas SKA City, Bas Melor Ekspress, mengunjungi pasar ramadhan dan semestinya menjadi pelanggan setia akak yang jual kuih koleh kacang, kerabu pegaga dan pak cik penjual tepung pelita. Yang paling sedap pernah aku makan dan selepas itu aku tidak lagi berjumpa dengan mana2 tempat yang boleh aku nikmati hasil tangan sesedap itu.

Segalanya bermula dengan hanya satu panggilan telefon setelah kian lama menyepi, bertahun lamanya. Kemudian, panggilan yang jarang2 bertamu menjadi semakin kerap dan akhir2 ini seolah2 menjadi satu kewajipan di setiap hari. Maka segala dilema pun bermula.

Untuk mengembalikan persoalan yang pernah diutarakan suatu ketika dahulu, rasanya tidak. Cukuplah sekali sahaja aku bertanya, tiada duanya. Biarlah pertanyaan itu untuk kali ini dia yang memulakannya, dan pasti aku akan menyambut dengan jawapan yang pasti.

Tetapi apa yang perlu aku buat sekiranya apa yang aku rasa sekarang ini, hanyalah perasaan aku seorang. Perasankah aku? Huuwwaaa..... tak tahu apa yang bakal aku hadapi. Just follow the flow, kalau ke kanan, kananlah aku bergerak, kalau ke kiri, kirilah pilihan aku. Takkan nak duk kat tengah kot selama2nya. Hahaha.... kelakar lah plak, sendiri tanya sendiri jawab.

Tapi kan, apa pun perasaan yang hadir, ianya adalah satu rasa yang suci. Hadirnya tanpa disedari, perginya tanpa dipinta. Tak perlu diundang dan tak perlu dipinta, segalanya mungkin terjadi. Sedih, bahagia, gembira, luka mahupun derita, semuanya hasil daripada garapan perasaan yang hadir. Dan hasilnya adalah suatu yang tidak dijangkakan.

Apa pun yang berlaku, aku harus terimanya dengan redha dan hati yang terbuka. Sebab aku percaya dan yakin, apa jua yang berlaku adalah ketentuan Allah, Dia lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambanya. Kita hanya mampu merancang, tetapi perancangan Allah lebih jitu dan Dialah yang berhak menentukan segalanya.


Monday, July 20, 2009

jerebu, katil baru, etc....

Tengah hari tadi aku ke Putrajaya, pegi hantar sample Maintenance Report untuk Eliza. Hari ni teruk betul jerebu di sepanjang perjalanan aku ke Putrajaya. Usahkan Putrajaya, Jenderam dan Salak Tinggi juga tidak kurang hebatnya dengan jerebu. Jikalau sebelum ini aku lebih suka membuka tingkap sewaktu memandu, berlainan benar sejak akhir2 ini. Aku lebih suka memasang aircond, sebabnya kalau buka tingkap sekejap aja pun, sudah berdebu dashboard Qasehku. Semalam basuh kereta, hari ini sudah berdebu, kotor dengan debu2 kota, hahaha.....



Akhir2 ini, kesihatan aku juga turut 'berjerebu'. Hahaha... istilah baru nampaknya. Sakit tekak, sakit kepala, bersin, macam2 lah. Jangan2 H1N1, uwwaa.. bukan lah, Nauzubillah. Lagi pun aku takde pegi oversea pun dalam waktu terdekat ni. Plan nak gi HCMC hari tu tak menjadi sebab mak tak izinkan. Hmmm.... bila mak say no, by means no lah. Kalau orang lain say no, I'll say it yes. But when mom speak out, I'll only say 'yes mem!' Ada sebab bila mak tak bagi pergi eventhough mak tak nak bagi tahu kenapa. 

Petang semalam lepas balik dari Kompleks PKNS Bangi, aku singgah kedai perabot kat Taman Seroja nih. Hajatnya nak beli katil baru, sebab katil lama tu, penyambung tengah tu dah patah. Padahal boleh je welding balik, tapi sebab mengada2 nak habiskan duit, maka beli lah katil baru. Urmm... katil semalam tu puas hati lah walaupun harga untuk katil aje MYR360.00. Itu pun jenuh aku duk tawar menawar, last2 itu harga yang diberi nya. Okaylah, katil kayu Oak for Queen Size bed. Penjual tu kata kayu Oak, aku iya kan aje. Betullah kot, sebab tak macam kayu getah pun. Semalam aku dah rasmi tidur kat katil baru. Tilam still yang lama, nak tukar sayang lah pulak sebab elok lagi. Hehehe... jangan membazir.

Nak upload gambar, tapi masalah lagi lah. My USB Phone tak support untuk Vista Xp, some sort of it lah plak. So, masalah lah jadinya. Hmmm... macam nak suruh tukar phone baru je.... Eh, jangan membazir lah...


Tuesday, July 14, 2009

rindunya.....

Tengah hari tadi aku call mak, ingatkan nak call malam sikit tapi macam tak menyempat lah plak. Rasa rindu yang amat sangat kat mak dan Sarah. Padahal baru dua minggu lepas aku jumpa diorang, tetap jugak rasa rindu di hati.

Masa aku call tadi, mak baru aje lepas tukarkan earring Sarah. Seronok dia, tak habis2 nak show off earring baru dia tu. Teringat plak masa hari kitorang tindik telinga Sarah. Masa kat rumah, aku bagi cermin kat Sarah, seronok dia dok telek telinga dia yang bertindik tu. Dari beranda depan dia masuk dalam rumah nak ke dapur. On the way nak ke dapur tu, konon nak menunjuk dekat mak lah; ntah macam mana cermin tu boleh terjatuh dan pecah.

Yang kelakarnya, boleh pulak dia berlari ke dapur sambil cari mak.

"Mak, cermin tumpah! Cermin tumpah, Mak!" Itu lah yang diulang2 sambil ketawa. Kelakar betul Sarah ni. Bukannya pecah, tapi tumpah! Sarah boleh gelak sambil golek2 atas tilam depan tv. Ntah apa yang kelakar sangat pun tak tahu. Yang pasti dia happy sungguh bila telinganya dah bertindik. Sebelum ni dia asyik envy je dengan aku sebab telinga aku ada subang dan dia belum. Bila dia dapat apa yang aku dah ada, bertambah seronok dia sebab dah seri.

Tapi kata mak, since last few days, Sarah asyik merengek nak gi Sepang, nak naik kapal terbang katanya. Hai, anak dara aku sorang tu, kuat berjalan betul. Pada hal aku janji dengan dia bulan 10 ni. Sebab aku memang nak bawak mak dan Sarah pegi Padang / Bukit Tinggi pun on this coming October. Harap2 semuanya berjalan lancar, Insya Allah.

Entah mengapa, akhir2 ini aku amat merindui mak dan Sarah. Mak; insan teristimewa di hatiku. Sentiasa bersama waktu sukar dan senang, mengasuh, mendidik dan membentuk aku menjadi 'kuat' dan tabah. Aku memang degil, hanya emak seorang yang dapat melenturkan kedegilan aku. Sarah; hadirnya bersama sinar dalam hidup kami. Dia lah anakku walau dia bukan aku yang lahirkan. Siti Nur Maisarah, nama yang kupilih khusus untuknya, sebaik sahaja Kak Ani told us about her pregnancy of twin girls. Kini hidupku lebih bermakna dengan hadirnya si kecil ini, yang sentiasa menceriakan hari2 kami dengan telatahnya.

Huuwaaa.... rindunya nak jumpa mak dan Sarah. Kalau ikutkan hati, rasanya hari2 nak balik jumpa diorang. Windu lah.....


Saturday, July 11, 2009

alahai perempuan.....

Tengah hari tadi during lunch time aku singgah kat 'intercity cafe' nak tapau untuk lunch. Masa aku sampai tu, ada lah 4 orang perempuan yang dah siap senduk nasi dan tengah pilih lauk. At that time, I don't have any bad feeling pun. Tapi kalau dah perempuan tu perempuan lah jugak. Aku tunggu kat situ hampir 10 minit semata2 nak ambil lauk. Yang tengah pilih lauk cuma 4 orang je, tapi malangnya nasib aku, perempuan tu semua jenis yang lemmmbb......

Aku sebenarnya tak suka nak mengutuk dan mengata orang ni, lebih2 lagi satu kaum dengan aku. Tapi perasaan menyampah tu yang menyebabkan aku nak mengutuk kat sini. Dah lah senduk lauk tu sikit2, pastu duk ke hulu ke hilir, senduk sana sikit, senduk sini sikit. Menyampah betul. Tengoklah sekeliling, kalau tak ada orang tak apa lah. Ini ada lagi orang lain yang menunggu. Hampir 10 minit aku berdiri kat situ macam tunggul, waiting for my turn sambil 'mencuci mata'.

Sebelum ni pun, banyak kali aku terserempak dengan golongan perempuan yang bershopping. Agaknya hampir semua perempuan mempunyai habit bershopping yang sama. Most of them loves to spend very long time in making a decision on buying something. Belek sana, belek sini, check harga, campur tolak, darab dan bahagi, baru buat decision.

Aku lebih suka ambil, check tarikh luput (sekiranya ada), condition barang tu dan terus masukkan dalam troli. Sebab tu kalau aku pegi shopping pun, aku tak akan ambil masa yang lama. Tapi barang yang dibeli memang memenuhi keperluan. Senang. Mungkin jugak kerana gaya hidup aku banyak dipengaruhi oleh bidang yang aku ceburi. Harus bijak dan pantas dalam membuat pilihan dan seterusnya keputusan, tepat dan tiada keraguan dan penyesalan. Melainkan jikalau dari rumah aku telah planning untuk window shopping, maka sehari suntuk lah aku akan mengukur besarnya lot2 kedai yang ada. Macam pegawai bancilah... hahaha.....



Tuesday, July 7, 2009

berhutang, meminjam

Sejak akhir2 ini aku banyak dihujani dengan kisah orang yang berhutang dan cuba melarikan diri dengan hutangnya. Memang insan tersebut aku kenal dan tidak dinafikan dia pernah berhutang denganku beberapa kali. Ternyata dia seorang yang cepat lupa dengan hutangnya dan boleh berlagak seolah2 tiada apa yang berlaku.

Pada awalnya, pemberian hutang atau pinjaman tersebut adalah atas dasar kawan dan simpati sesama insan. Akan tetapi perangainya yang suka berhutang dan meminjam ini tidak berkesudahan. Setiap kali membuat hutang, dia menabur janji yang indah belaka. Namun janji yang ditabur terbiar tanpa ditunaikan. Namun aku tergolong dalam golongan yang cepat serik dengan perangai orang2 yang sebegini. Makanya, tidak mudah untuk aku menjadi pemurah setelah beberapa kali diperdayakan dengan sejuta helah.

Tabiat suka berhutang ini banyak dipengaruhi oleh persekitaran. Syukurlah walaupun aku dilahirkan dalam keluarga yang pada awalnya susah dan sama2 mengharungi segala onak duri dan ranjau kehidupan sebelum mengecapi apa yang terhidang hari ini. Bonda tidak pernah mengajar kami berhutang. Ukurlah baju di badan sendiri, berbelanja setakat yang termampu dan jangan membazir, antara pesanan Bonda di samping seringkali mengingatkan kami anak2nya supaya menyimpan sebagai bekalan di kemudian hari. Alhamdulillah, ternyata ajaran, pesanan dan ingatan Bonda terpahat kukuh di sanubari.

Berbalik kepada kisah tadi, walaupun sekarang kisahnya tersebar dengan meluas dia seolah2 masih tidak serik. Tetap menabur janji yang entah bila akan ditunaikan. Tidak menunjukkan rasa bersalah dan melarikan diri bila dihubungi.

Entahlah, manusia kadang2 tidak pernah menjadikan sesuatu yang berlaku sebagai pengajaran. Alpa dengan segala keindahan yang terbentang walaupun seketika cuma. Doaku semoga insan ini akan sedar dan insaf. Bila? Hanya waktu yang akan menentukannya. Lagi doaku supaya aku tidak menjadi seperti itu, dijauhkan Allah dengan tabiat itu. Kini hutangku hanyalah dengan bank, bukan sesama insan. Hutang diharuskan dalam Islam jika keadaan memerlukan dan wajib dijelaskan dengan kadar yang segera.


Saturday, July 4, 2009

balik kampung

Masuk hari ni, genap seminggu aku berada di kampung. Sabtu lepas, lebih kurang jam 3 petang aku sampai bersama2 dengan Bonda, Sarah dan Mi; yang ditugaskan untuk membawa Chenta pulang. Dan semestinya aku bersama Qaseh.

Sewaktu bertolak dari Sepang, Bonda dan Sarah sama2 menaiki Qaseh dan sewaktu berhenti rehat di Hentian R&R Gambang, Bonda dan Sarah bertukar tempat, menaiki Chenta. Pagi Isnin aku ke Kota Bharu bersama2 dengan Bonda dan Sarah. Menghantar Laptop Aril, sekaligus nak show off Qasehku. Hehehe... bengkek je Aril tengok. Aku ingat nak gi jumpa kawan2 kat APFT, tapi tak sempat lah. Tambahan pulak Aril kena duty dan takkan lah aku nak tinggalkan Bonda dan Sarah sendirian kat rumah. Tak bestlah, lagi pun aku ni anak yang baik... Ha..ha..ha.. masuk bakul angkat sendiri. Besoknya kami kembali ke kampung.

Bonda dah tindik telinga Sarah, comel. Tapi subang yang Bonda belikan untuk Sarah masih belum boleh dipakaikan. Kata salesgirl kat kedai emas yang tindikkan telinga Sarah tu, biarlah seminggu baru ditukar subangnya. Makin mengada2 anakku yang seorang itu.

Internet kat kampung ni lembab lah, kejap okay, banyaknya tak okay. Tak tahu macam mana kali ni okay pulak. Selalunya error je memanjang. Esok dah nak kena balik Sepang, malasnya nak balik. Bercinta rasanya bila kena tinggalkan kampung.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...