Wednesday, June 24, 2009

dca - jpj

Pagi tadi aku ke DCA lagi, kali ni sebab nak hantar appeal letter. Last Friday aku terima surat dari DCA yang telah me'reject' my application to sit for AMEL exam. Sedih memang lah sedih sebab macam tak logik je. Orang lain yang langsung takde formal education dalam aviation dan keje kat tempat yang sama macam aku boleh pulak lepas. Tapi aku terkantoi plak. Itu baru nak gi sit exam, belum lagi dapat result. Hmm... kalau difikirkan malas nak ambil exam.


Bila difikirkan balik, ada hikmah yang tersembunyi. Manalah tahu Allah bagi aku peluang untuk lebih masa study supaya sekali ambik je aku boleh terus pass exam. Haahahaaa.... seronoknya kalau jadi kenyataan. Berangan je boleh lah dulu. Kenyataannya, perjalanan yang harus ditempuhi masih jauh dan terlalu banyak liku dan simpangnya.


Balik dari DCA aku terus menghala ke Shah Alam dengan Qaseh. Aku ke JPJ Padang Jawa sebab nak tukar alamat kat geran Chenta ke alamat tetap. Masa balik kat tol KLIA cap tayar depan Qaseh tersagat kat tepi tembok tu agaknya, sebab ada calar. Pada hal aku rasa masa bayar tol tu, jaraknya masih jauh. Ntah lah, baru dua minggu dah macam2 hal yang berlaku kat Qaseh. Tapi payung masih jugak tak beli lagi.

This Friday aku dah buat appointment nak hantar Qaseh for the first service kat Balakong. Sabtu aku nak balik kampung. Bonda datang pagi Jumaat dan sampai kat Kajang petangnya. Seronoknya nak bercuti. Yahuuuu!!!!


Monday, June 22, 2009

qaseh yang dikasihi

Kesian sungguh dengan Qaseh, begitu jugak dengan aku semestinya. Hari sabtu aku bawak Qaseh ke Seremban buat pertama kalinya. Tujuan utama nak survey broadband dan yang kedua utama nak tambah mileage Qaseh. Malangnya masa nak balik dari rumah my friend, boleh plak divider tu gores 'cap' sportrim Qaseh, abis calar. Luckily tak kena tayar, kalau tak, mahu kopak duit aku nak kena ganti tayar baru.

Itu baru satu kisah. Yang terbaru, was happen a few hours back. Around 2007hours, aku keluar rumah dengan Qaseh menuju ke Shah Alam. Kononnya nak cari payung kat SACC Mall, pada hal nak tambah mileage Qaseh. Sampai kat Taman Ixora, ada pulak binatang yang melintas dan langgar Qaseh tanpa sempat nak mengelak. Ntah kucing, ntah kan anjing. Tapi macam besar semacam je, anjing liar agaknya. Masa balik ingat nak tengok tapi tak nampak sebab seberang jalan.

Sampai je kat parking SACC aku terus check Qaseh, mana lah tahu kot2 calar balar ke, kemek ke... Alhamdulillah tak de pape kesan pun. Malangnya, payung tak jumpa sebab butik Hang Ten yang aku pernah pegi tu dah takde kat tempatnya. Berganti dengan kedai lain pulak. Tapi baru kejap tadi aku check kat internet, ada je stores tu kat SACC. Musykil aku. Nampaknya nak kena cari solution baru nih.

Sampai je umah, lepas parking aku terus bukak lampu depan. Tak puas hati, tetap nak tengok keadaan Qaseh. Rasa macam okay je, tapi esok aku tetap nak kena tengok lagi sekali. Untuk confirmkan yang Qaseh selamat.

Sampai hari ni, aku tetap tak dapat nak upload gambar Qaseh mahu pun Chenta. Handphone aku ada problem pulak dengan usb connection. Tengoklah alternatif lain macam mana. Yang pasti aku akan update bila ada peluang.


Wednesday, June 10, 2009

antara Chenta dan Qaseh

Baru jap tadi aku pegi ambik Qaseh kat Wangsa Maju. Chenta pun aku bawak sekali, tapi hari ni aku jadi mem besar kejap. Cuma Qaseh belum ada sesiapa pun yang dibenarkan menyentuhnya. Memang aku lebih manjakan Qaseh sbb dia masih baru, tapi Chenta adalah cinta pertamaku. Terlalu banyak kenangan pahit manis yang dilalui bersama.

Cuma aku masih belum berkesempatan untuk meng'upload' gambar Chenta dan Qaseh. Insya Allah, jika aku ada kelapangan akan aku 'upload' sebagai tanda mereka pernah hadir dalam hidupku. Keduanya tetap menjadi kesayanganku. Ha..ha... Lega rasanya bila segalanya telah selesai. Walaupun terkilan kerana ada dugaan yang hadir, namun segalanya selamat. Alhamdulillah, syukur pada Ilahi.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...