Thursday, May 21, 2009

masa berlalu

Sudah agak lama aku tidak menjenguk ke sini. Terlalu lama, pastinya. Di dalam tempoh itu, telah banyak perkara yang dilalui sehinggakan tak terasa masa yang semakin pantas berlari.
Semalam aku ke DCA, submit application form for AMEL Grant. Insya Allah, kalau takde pape problem aku akan sit exam on this June 25th. Tapi satu apa pun takde kat dalam kepala ni. Bila nak study, macam2 dugaan yang datang. Betapa lemahnya jiwaku nak menahan segala bagai godaan.

Tak ketinggalan aku merancang untuk backpack ke Vietnam, seusai exam nanti. Sekadar ingin melarikan diri buat seketika dan kembali dengan sesuatu yang masih dalam perancangan, perbincangan dan memerlukan pembentangan dan penilaian. Pening? Ha..ha..ha... saje je nak bagi pening. Tapi takde pape pun.

Akan tetapi aku juga risau, iyelah sekarang ni macam2 penyakit timbul. Yang hangat diperkatakan ialah Influenza A, walaupun Malaysia dah diisytiharkan bebas H1N1 ini, tetapi kegusaran tetap ada. Apatah lagi untuk travel ke negara yang belum pasti tahap keselamatannya. Aku berdoa agar semuanya berada dalam perlindungan Allah selalu.

Tak sabar rasanya aku nak menunggu hujung bulan ini kerana akan ada sesuatu yang menunggu. Sesuatu yang menjadi idaman hati. Apa dia? Tunggu......


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...