Thursday, April 30, 2009

selamat hari lahir, anne!

Alhamdulillah, terima kasih ya Allah kerana masih memberi peluang untuk aku meneruskan kehidupan di muka bumiMu ini. Syukur dengan anugerahMu dengan pertambahan usiaku pada tahun ini. Hari ini, pada pukul 6.45 petang pada waktu yang sama 29 tahun dahulu, seorang bayi perempuan telah dilahirkan. Bayi itu membesar menjadi seorang kanak2 yang nakal, remaja yang aktif dan akhirnya, ini lah kesudahan bayi tersebut. Masih lagi berada di tengah2 perjalanan yang dinamakan kehidupan.




Petang semalam, sewaktu pulang dari kerja aku singgah di kedai kek, membeli sebiji kek kecil yang hanya berukuran lima inci. Inilah pertama kalinya di dalam hidupku aku membeli kek hari lahir untuk diriku. Hahaha... memang kelakar, tapi entah mengapa aku terasa ingin menghadiahkan diriku dengan kek comel ini. Inilah kek yang kubeli semata2 ingin meraikan hari yang bersejarah ini. Dan aku meyambutnya alone, lantaran housemateku pulang ke kampung. Sanggup aku berjaga sehingga jam 12 tengah malam sambil menyibukkan diri dengan pelbagai agenda yang kususun. Natijahnya, aku masih tidak mampu melelapkan mata sewaktu jam melepasi angka 1.30 pagi.



Hanya sekadar sepotong kecil ini yang mampu aku habiskan dari sebiji kek yang berharga RM19.00. Dan bakinya kusimpan, entah bila baru aku dapat menghabiskan nya. Nak kata sedap tu, biasa aje. Tambahan pula rasanya yang agak manis menyebabkan aku surrender untuk lebih menikmatinya.

Walau apa pun, walau tiada yang memberikan ucapan, aku tetap nak wish to myself. Selamat Ulang Tahun ke-29, anne. Semoga Allah akan sentiasa melindungi ku dari sebarang kesulitan, di panjangkan usia dan dimurahkan rezeki. Ameen.


Sunday, April 26, 2009

KLIBF 2009

Semalam aku berkunjung ke PWTC bersama2 dengan Hawa dan Siti bersempena dengan KLIBF 2009. Kiranya ini merupakan girls outing lah memandangkan sudah lama kami tidak keluar bersama. Tambahan pula status yang disandang menyukarkan keadaan.

Tujuan paling utama kami adalah untuk berkunjung ke booth NB Kara dan bertemu empat mata dengan penulis favourite kami, Norhayati Berahim. Dalam pada bersesak-sesak dengan orang ramai, mata menjelajah mencari booth NB Kara dan tatkala Hawa terlebih dahulu menjumpainya, hati menyanyi lagu riang. Masakan tidak, telah sekian lama aku mengikuti tulisan Norhayati Berahim dan baru kali ini aku akan bersua dengan beliau. Alhamdulillah, target achieved!


Ini gambar pertama yang diambil. Aku bukak mata, tapi Kak Yati pulak yang pejam mata.


Ini gambar ke dua, terbalik pulak jadinya. Aku pejam mata, Kak Yati bukak mata. Hahaha... entah bila masa pulak aku pejam celik kan mata. Agaknya excited sangat jumpa Kak Yati. Apa pun memang happy dapat jumpa Norhayati Berahim walaupun sekejap, peramah orangnya. Dan tak lupa terima kasih daun keladi buat Siti yang tolong ambilkan gambar ni. Siti siap pesan suruh aku masukkan dalam blog, nak baca katanya.


Tak banyak yang aku borong. Sekadar dua buah novel nukilan Norhayati Berahim (itu pun novel terbaru beliau yang belum dibaca) dan sebuah novel Aina Emir. Banyak novel baru yang berada di pasaran, tetapi aku rasa lebih berbaloi dengan buah tangan Norhayati Berahim. Beliau tidak pernah mengecewakan dalam setiap karyanya. Kebanyakan novel yang berada di pasaran mempunyai jalan cerita yang hampir sama walaupun dihasilkan oleh penulis yang berlainan dan tajuk yang berbeza.

Apa pun, kunjungan aku kali ini ke KLIBF 2009 besar ertinya. Di samping bertemu penulis pujaan hati, aku juga dapat meluangkan masa bersama teman. Melupakan seketika bebanan tugas dan penuh rasa gembira sepanjang hari.


Tuesday, April 21, 2009

pelbagai rasa di hati

Aku tidak tahu bagaimanakah cara terbaik untuk mengungkapkan rasa hati ini, di kala ini. Semuanya bercampur aduk, bercelaru menjadi satu rasa yang tak terluah. Umpama seketul batu besar yang sarat menyesakkan dada, menghimpit rasa.

Kecewa, putus harapan, sedih, terluka, gembira; bercampur baur membentuk satu variasi rasa. Segala2nya perit untuk diluahkan, sakit untuk disimpan. Semuanya bermula dengan satu penafian, diikuti dengan perkhabaran yang ditunggu. Malangnya bukan itu yang diharapkan menjadi jawapan. Tetapi yang pasti, kita hanya mampu merancang, tetapi perancangan Allah lebih jitu. Itulah yang mampu menguatkan semangat dan jiwaku di kala ini.

Hari ini merupakan hari gembira buat sahabatku, yang menyambut ulang tahun kelahiran dan aku bakal menyusul hanya dalam beberapa hari lagi. Perbezaan usia kami hanyalah sembilan hari! Kami amat jarang berhubung, apatah lagi bersua muka. Akan tetapi persahabatan kami tetap terjalin erat dan tidak pernah lupa tarikh lahir kami berdua. Esok pula merupakan hari ulang tahun kelahiran housemateku, berkongsi bulan dan tahun yang sama. Tetapi perjalanan hidup kami berbeza rentak dan aturannya.

Aku tidak pasti, adakah hari esok menjanjikan khabar gembira buatku. Apa yang pasti, segala yang berlalu tidak akan berulang lagi. Segalanya aku harus lupakan walaupun pahit untuk ditelan, kelat untuk dikunyah, mahupun manis untuk diluahkan.

Barangkali aku harus bercuti bagi menenangkan rasa hati yang bergelora. Ke mana? Entahlah, ada beberapa destinasi yang terlayar di fikiran. Insya Allah, setelah segalanya selesai, aku mungkin akan bercuti di penghujung Julai ini. Merehatkan badan, melegakan otak yang berserabut.

Arrgghh..... rasa macam nak menangis pun ada. Tuhan, sabarkanlah hatiku, kuatkanlah jiwaku ini. Sesungguhnya padamu aku berserah, ya Allah.


Thursday, April 16, 2009

kerinduan

Aku benar2 dalam kerinduan yang tak bertepi. Semenjak akhir2 ini aku tidak boleh menolak kehadiran rindu dalam hidupku. Pantang je aku dengar lagu2 yang berunsurkan kerinduan, pasti fikiranku akan melayang. Terbang jauh entah ke mana.

Banyak benda yang menyebabkan kita berasa rindu. Rindu tidak terhad kepada pasangan bercinta, mahu pun pasangan suami isteri sahaja. Rindu itu universal, luas bentuk dan pengertiannya. Cuma kadang2 kita sebagai manusia terlalu suka menyempitkan pemikiran dan pemahaman.

Rindu yang paling kerap menjengah dalam hatiku adalah kerinduan pada bonda dan Sarah. Kerinduan pada dua insan istimewa ini tepu di dada. Rindu pada bonda lebih kepada rindukan belaian dan layanan istimewa dari seorang ibu buat anak kesayangan. Rindu pada Sarah lebih kepada rindukan keletah dan kenakalan seorang anak kecil. Kemanjaannya menghiburkan hati yang lara dan gundah gulana.

Pastinya aku merindui keindahan dan keterujaan untuk terbang tinggi di awan biru. Memori kelmarin begitu menggamit kerinduan di hati ini. Keterujaan rasa tidak dapat digambarkan dengan kata2. Apatah lagi jika kita yang mengawal pergerakan pesawat. Hanya Allah yang tahu rasa hati ini.

Rindukan seseorang yang pernah ditemui? Hahaha... jawapannya pasti "ya". Tapi sayang, aku tidak pasti adakah kerinduan ini berbalas atau hanya aku sahaja yang menanggung seksanya rindu ini.

Walau apa pun, dadaku tetap tepu dengan rasa rindu yang tak berbelah bahagi.


Monday, April 6, 2009

pulut kuning

Dah lama aku tak makan pulut kuning dengan rendang limpa. Pagi semalam aku kembali berkunjung ke Pasar Pagi Salak, mencari pulut kuning kegemaran aku. Tambah plak kalau dimakan bersama rendang limpa, memang best. Kalau mertua lalu pun boleh tak perasan, hahaha... Tapi aku mana ada mertua.


Inilah rupa pulut kuning yang menjadi kegilaaan aku, diletak bersama rendang limpa dan harganya cuma RM3.00. Enak dan mengenyangkan. Aku pun tak tahu kenapa aku cukup suka dengan pulut kuning, sedangkan ramai orang menolak untuk menikmatinya.


Tapi antara banyak2 pulut kuning, yang bonda masak adalah yang paling enak. Sampai sekarang aku tetap tak tahu camana nak masak pulut kuning, yang aku tahu cuma makan aje. Bila terasa nak makan, request je dengan bonda, pasti permintaan akan ditunaikan. Nak belajar masak, adalah perkara yang paling terakhir aku akan buat, malas sebenarnya.

Bonda pun dah tahu kegemaran aku yang satu ni. Kalau ada kenduri dan kebetulan aku bercuti, pasti pulut kuning yg dihantar ke rumah akan bonda reservedkan untuk aku. Pulut kenduri rasanya ada sedikit berbeza, nikmatnya agak berlainan walaupun adunannya sama. Barangkali semangat kenduri tu dah meresap ke dalam pulut agaknya.

Pulut kuning cukup sinonim dengan kehidupan masyarakat Melayu. Terutamanya ketika berlangsungnya kenduri kendara. Tanpa pulut kuning, seolah2 hilang serinya sesuatu majlis itu. Begitu besar peranan pulut kuning. Tapi aku sampai sekarang masih tidak tahu tentang sejarah pulut kuning.


rahimah seafood

Petang sabtu, lepas hantar kereta ke car wash, terasa lapar yang amat sangat. Dengan housemate, aku memandu ke Banting menuju ke Rahimah Seafood. Dah lama aku tak ke sini, seingat aku kali terakhir adalah hampir tiga tahun yang lalu aku singgah di sini selepas pick up someone from the airport. Tetiba kenangan dulu membawa aku kembali ke restoran tersebut, tambahan pula Hawa turut memuatkan kunjungannya in her blog.

Benar seperti yang dimuatkan oleh Hawa dalam blognya, terdapat pondok kecil untuk mereka yang ingin makan secara bersila. Pada mulanya kami memilih untuk menikmati hidangan di pondok. Selepas minuman yang dipesan tiba, hujan mula turun dan kami berpindah masuk ke dalam ruang restoran. Itu pun hampir2 kami kebasahan. Mujurlah kami cepat bertindak.

Sup cendawan adalah hidangan yang aku dah lama rindukan. Aku cukup suka dengan sup cendawan di sini, tapi malangnya dalam kunjungan aku kali ini, sup cendawannya telah berubah rasa. Keenakkannya telah berkurangan berbanding dulu. Hurmm... makan je lah..

Inilah papan tanda Rahimah Seafood yang aku captured dalam renyai hujan sebelum pulang. Gambar ni memang tak cantik tapi aku nak upload gak. Hehehe....


Friday, April 3, 2009

nasi kerabu

Malam tadi aku ke pasar malam Taman Seroja setelah lebih dua bulan aku tidak menjejakkan kaki ke sana. Suasananya tetap sama, peniaganya masih orang2 yang sama dan tempatnya tetap tidak berubah. Apa yang penting, keadaannya tetap sama seperti dulu.

Tujuan utama aku adalah untuk mendapatkan Nasi Kerabu ini. Dah lama aku tak merasa keenakannya, dua bulan lebih. Walaupun untuk sepanjang tempoh itu aku berada di Kelantan, akan tetapi aku langsung tidak terasa untuk merasai nasi kerabu di sana. Mungkin kerana kekangan waktu menyebabkan aku langsung tidak terasa ghairah untuk mencari makanan tempatan yang popular di sana.



Nasi Kerabu inilah yang menjadi santapan aku. Dengan berlaukkan daging goreng dan harganya cuma RM4.00, keenakkannya terasa hingga menjilat jari. Walaupun aku kekurangan salah satu rencahnya kerana aku pasti meminta untuk tidak diletakkan budu. Walaupun kata orang tanpa budu nasi kerabu tidak akan lengkap. Tapi nak buat camana, aku memang allergic dengan budu. Bagi aku, tanpa budu pun, enaknya Nasi Kerabu Taman Seroja ini (aku sesuka hati meletakkan nama sebegitu - tambahan pula akak tu memang tinggal di Taman Seroja) memang tip top. Sekali makan, pasti nak lagi berkali2.


Wednesday, April 1, 2009

wakaf che yeh

Malam terakhir aku di KB, Aril sempat membawa aku ke Pasar Malam Wakaf Che Yeh. Tambahan plak bonda datang dengan Sarah dan Fatah sehari sebelumnya. Memang meriah, mana taknya, telatah si kecil tu buat semua org geram.

Gambar ni aku ambik masa tgh berjalan, tu pasal nampak blurr. Tambah plak, lampu banyak sangat, tak tahu nak ambik angle mana. Main redah je, asalkan dapat ambik gambar. Time kitorang sampai tu dalam kul 8.30malam, punyalah susah nak cari parking. Last2 jumpa gak parking kat basement, fuhh... lega. Orang agak ramai, macam2 ada - macam tagline astro lah plak. Dari pakaian, makanan, sayur, buah, tudung dan pelbagai lagi lah. Sarah pulak pandai je memujuk Aril supaya belikan sepasang baju untuknya. Memang rezeki Sarah pun, bonda dah tak boleh nak cakap apa dah.


Semasa kitorang melintasi gerai ni, Sarah sekali lagi cuba memujuk Aril supaya dibelikan selipar baru. Tapi belum sempat kitorang nak menjenguk masuk, bonda dah warning. Terus Sarah tarik muka masam. Kesian ada, kelakar pun ada dengan telatah Sarah.



Dalam perjalanan pulang, kami melintasi Kota Darul Naim. Memang meriah dengan lampu yang dihias indah. Barangkali bersempena dengan sambutan keputeraan Sultan Kelantan yang jatuh pada 30 & 31 March. Sempatlah kami menyinggah seketika sambil melayan Sarah.



Inilah Sarah, buah hati kami semua. Sempatlah snap sekeping gambar Sarah. Telatahnya menghiburkan kami, menenangkan jiwa yang rawan. Rambut Sarah bonda dah potong pendek, sebabnya bila rambutnya panjang, sepanjang masa bonda kena tocangkan rambutnya. Last2, bonda kata biarlah rambutnya pendek, bila dia dah besar sikit nanti baru disimpan rambutnya.




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...