Friday, February 20, 2009

KBR - here I am

Hari ini merupakan hari ke 21 aku di bumi Kota Bharu. Menjalani suatu rutin yg tidak pernah aku jangkakan sebelum ini. Sesungguhnya kegagalan aku ke Bintulu telah membawa aku ke sini, to create another story in the journey of my life.

Selama hari ini, aku dimomokkan dengan segala ceritera indah tentang tempat yg bakal aku kunjungi, sementelah aku tidak pernah menjejakkan kaki ke sini sebelumnya. Namun segala tanggapan aku berubah sama sekali, berputar 360 darjah dari paksinya.


Minggu pertama merupakan hari2 yang menyeksakan kerana aku harus menyesuaikan diri dengan keadaan di sini. Tetapi semuanya boleh diatasi kerana adanya bonda tercinta serta Sarah yang menemani. Minggu ke2 merupakan minggu bermulanya hari2 sepi dan sunyi dalam hidupku setelah aku ditinggalkan bonda dan Sarah.


Bertemu, berkenalan dan sama2 bekerja dengan orang yang tidak pernah aku kenali sebelum ini merupakan situasi yang biasa dan sememangnya aku terlatih utk itu. Namun semuanya tidak seindah pelangi, semakin lama aku di sini, semakin aku mengenali ragam dan rencah yang ternyata selama ini hanyalah tirai yang menutupi segala kepincangan.


Aku semakin kerap menghitung hari utk kembali ke sepang, kerana aku sudah mula merindui segala apa yang aku tinggalkan di sana. Aku rindukan katil, tilam, almari dan segala2nya di sana, tetapi insan yg paling aku rindui berada di paka, bukannya di sepang. Pasti sekali insan tersebut adalah bonda yang amat memahami kehendak dan naluriku.


Kbr pastinya akan kutinggalkan dengan coretan yang bercampur2 warnanya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...