Friday, April 29, 2016

trip sumut | perjalanan penuh liku ke gunung meriah

Entry ini sambungan dari trip sumut | hutaginjang dan taman eden.


Keluar dari Taman Eden dah lewat, melepasi waktu makan tengah hari. Masing2 dah mula kelaparan, habis segala jajan yang ada kitorang makan. Sebelum ni kemain eksyen, sesetengah jajan tu tengok pun tak sudi. Padan muka kitorang, haha. Perjalanan kitorang melalui ladang jagung dan sawah padi di kiri kanan jalan. Pelik betul, punyalah banyak aku jumpa ladang jagung, tapi langsung tak jumpa orang jual jagung bakar. Kempunan teramat nih.


Masa nampak orang jual nanas kat tepi jalan, cepat2 kitorang mintak Yovie berhenti. Beli 2 biji nanas dan kitorang sambung kembali perjalanan. Teringat2 nanas Lombok yang manis dan juicy, sedap weh!

Dalam perjalanan seterusnya kitorang lalu ikut tepi Danau Toba, belah mana aku tak ingat dah. Nampak hutan tepi tu terbakar dan bomba baru sampai nak padamkan api. Tak jauh dari tepi danau yang terbakar tu, kitorang lalu jalan antara pokok pines kiri kanan. Depan kitorang bersusun kereta dan lori. Rupa2nya ada roadlock. Lepas pada tu hujan turun selebat2nya. Kata Yovie petang memang selalu hujan. Tak lama kemudian hujan berhenti, lega rasa hati. 

Kami berhenti singgah makan kat sebuah restoran Padang, tumpang ke tandas sekali. Menurut Yovie, perjalanan masih jauh. Since perut dah kenyang, hati kembali ceria. Sewaktu singgah di Alfamart, masing2 memborong untuk bekalan bercamping. Kat tempat kitorang singgah tu masih meriah, dalam pekan walaupun suasana dah gelap.

Bila makin kurang jumpa rumah orang, jalan makin sunyi dan bengkang bengkok. Sampai satu masa, aku rasa penat yang teramat sangat. Penat sebab jenuh berteka teki bila nak sampai dan rasa macam dah jauh tapi tak sampai2 jugak. Bila kami lalu kawasan gelap tak berlampu, kiri kanan ada gaung dan ladang sawit, masing2 diam dalam kereta. Takut nak bersuara, tak tahu apa yang ada kat luar sana.

Masa kitorang sampai kat kampung tempat kitorang nak mulakan hiking, hari dah jauh malam. Awan dan Roy dah lama sampai, menunggu kitorang dengan bapak2 kampung tu. Kami packing barang yang nak dibawak dan tinggalkan yang tak perlu dalam kereta. Sebab tak plan awal2, main belasah je masuk bag, berat jugaklah beban yang dipikul.


*Pic credit to Farhana. Masing2 excited nak hiking memalam, tak sedar bakal meredah laluan berliku. 

Kami bergerak ke campsite dengan panduan bapak penduduk kampung sorang, bapak tu akan jadi guide kitorang. Sebab lepas hujan, laluan licin. Dengan bantuan headlamp dan torch light, kitorang redah gravel road dan kemudiannya belukar. Sebelum sampai tapak perkhemahan, at one point aku dengan Echah terpisah dari yang lain2 kat tengah2. Orang depan tak nampak, orang belakang pun tak kelihatan. Tawakal je kitorang redah lalang tinggi sebelum Yovie dan Awan mendekat. 

Sampai kat campsite Gunung Meriah, aku tarik nafas lega. Perasaan hiking waktu malam dengan waktu siang, jauh bezanya. Masa kitorang duk busy cari dan buang pacat, dorang pacak khemah. Bila khemah dah siap, masukkan barang2 dalam khemah dan ready nak ke tempat punca air. Awan dah mula masak masa Yovie bawak kitorang ke tempat air tu. Kaki semua berselut dan berdarah dek pacat. 

Balik dari tempat air tu, aku terus berselubung dalam khemah. Aku rasa macam tak selesa nak melepak kat luar, tak tau kenapa. Aku tak tido tapi tak larat nak bukak mata mahupun nak sambung dorang bersembang. Aku skip dinner dan masa dorang masuk tido pun aku masih tak boleh nak lena. Mujurlah takde apa2 yang berlaku malam tu selain dari anjing yang menyalak kuat kat tepi khemah.


Wednesday, April 27, 2016

trip sumut | hutaginjang dan taman eden

Entry adalah sambungan dari trip sumut | air panas sipolohon.


Dalam masing2 duk bergelak ketawa, tetiba Echah tersedar bag dia takde. Bila check dalam kereta memang takde dan last dia ingat bag tu dia letak kat tempat air panas. Yovie patah balik dan suasana happy tadi terus bertukar sunyi. Masing2 resah gelisah sebab dalam tu ada passport selain duit dan kad atm! Aku rasa macam jauh betul nak sampai, padahal Yovie tekan minyak rapat kot. 

Bila sampai depan hotel, Yovie dengan Echah je yang masuk, kitorang tunggu dalam kereta dengan penuh rengsa. Bila nampak Echah keluar dengan senyum lebar, masing2 tarik nafas lega. Doa orang bermusafir, takde siapa pun yang nampak bag tu kat situ. Tapi selamat jugaklah Rp 10k Chah kena pau dekat budak kat situ. Yang penting segala isi beg tu selamat, Alhamdulillah.

Perjalanan kami yang seterusnya adalah tersangatlah jauh. Penat bersembang kitorang tido, membiarkan Yovie drive sorang2. Semua terjaga bila dah menghampiri lokasi tujuan. Itu pun sebab keadaan jalan dah semakin sempit dan tak rata. Masa tempat first Yovie stop, view tak jelas sebab jerebu. Masing2 pun tak turun dari dalam kereta. Yovie kemudiannya bergerak lebih ke atas dan parking kat situ.


Turun dari kereta, masing2 berkejar memburu view indah ini. Kalau tak kerana jerebu, harus jelas kelihatan danau hujung sana.


Ada kampung di sebalik bukit bukau.


Bunga ni cantik dan bersaiz kecik. Tapi tak banyak, satu dua je yang tumbuh liar.


Hutaginjang ni terletak di kawasan tanah tinggi.


Sisi lain danau dari puncak Hutaginjang.

Kat hujung tu ada tempat berehat, siap bangku dan berbumbung mengadap danau. Masing2 beli pop mi dan air kat kedai tepi tu. Makan berjemaah kat bangku, lama jugak kami melepak kat sini. Sambil2 kunyah roasted peanut yang dibeli dengan nenek kat situ. Tak tahan kot lepak lelama kat sini, mata makin berat dan rasa nak tumbang je, hihi.

Masa kami nak balik, kawasan kat tempat parking tu dah mula meriah. Ada peniaga yang sedang set up gerai jualan. Aku rasa petang2 mesti ramai yang melepak kat atas ni. Turun dari tanah tinggi Hutaginjang kami dibawa ke taman pulak. Jauh perjalanannya.


Kami ke Taman Eden 100. Dari tempat parking kami trekking masuk ke dalam hutan. Takde lah hutan pun sebenarnya.


Semata2 kerana air terjun ni. Airnya sejuk yang amat, geram rasa nak berendam. Masa kami datang ni musim kemarau, kalau musim hujan lagi besar air terjunnya. 


Sungai yang mengalir dari air terjun banyak batu, penyebab kenapa air terjun ni sejuk teramat mungkin. Tapi batu2 ni best, tak sakitkan kaki.

Taman Eden ni luas, ada bayaran untuk masuk tapi aku lupa nak tanya. Kat sini juga disediakan tapak perkhemahan untuk mereka2 yang teringin nak bercamping. Kebetulan masa kitorang datang ni, ada group student yang bercamping. Meriah betul. Ada kebun limau dan strawberry, kalau nak beli pun boleh. Tapi strawberry nya kecik2, dan kebetulan masa kitorang sampai tu buah yang masak dah habis.

Taman Eden bukanlah penutup program hari tu. Ada lagi destinasi yang berikutnya. Aku sambung di next entry.


Monday, April 25, 2016

bottled hope run 2016

Petang Sabtu aku ada another larian, bermakna larian kedua untuk bulan ni. Tapi larian ni adalah larian belah petang yang pertama aku join. Kiranya complete dah untuk tahun ni. Ada larian waktu pagi, petang dan malam.

Event kali ni kat Padang Merbok, Kuala Lumpur. Since aku tak tahu sangat jalan ke sana, aku keluar around 3.30 pm camtu. Aku gunakan khidmat google map kat handphone, pastu off kejap bila phone start hang. Aku on balik bila aku dah tersilap jalan. Tapi bila dah masuk KL, bateri pulak dah weak giler. Bila aku charge guna charger kereta, tak masuk charge pulak. Last2 aku guna instinct. Alhamdulillah, jumpa jugak lokasi.  

Since race kit aku Izza tolong ambilkan, takde lah aku terus pakai uniform t-shirt rasmi. Bila dah jumpa Izza baru aku tukar. Elok je lepas tu hujan turun siap dengan kilat, boleh tahan lebat dan kitorang yang berlindung bawah khemah pun terkena tempias. Bila hujan dah tinggal gerimis, aku ke kereta nak tukar kasut.


Bila aku dah kembali ke tapak event, semua orang tengah warm up. Tapi tak nampak apa yang coach buat sebab stage tu rendah sangat. Aku follow orang depan je, tapi kadang2 tu terbabas jugak buat aksi yang salah, haha.


Dah habis sesi warm up, semua terus berkumpul kat starting point. Mungkin sebab hujan tadi maka perlepasan sedikit delay.

Elok dah dilepaskan, aku pair dengan Izza, Dayah dengan kawan opis dia yang aku lupa nama. Dari starting point tu kitorang belok ke kanan, laluan memang mendaki terus. Memang semputlah bila awal2 dah mendaki. Baru beberapa ratus meter, aku dah stop berlari, berjalan sambil bersembang. Almaklumlah, bila ada geng seiring sejalan mulut lebih laju dari kaki. Tapi tak jauh lepas tu aku tinggalkan Izza.

Aku memang failed kalau jalan kat KL ni, cuma ada few landmark yang aku ingat. Yang pasti route kitorang lalu belakang Stesen Komuter Bank Negara, jenuh gak lalu situ sebab mendaki. Kemudian belok kiri melintasi Memorial Tun Hussein Onn dan Memorial Tunku Abdul Rahman di sebelah kiri jalan yang bertentangan dengan Sasana Kijang. Kalau tak kerana larian ni, aku tak tahu pun Sasana Kijang tu apa, sungguh menyedihkan.

Dari situ laluan dah menurun bukit, laju lah aku melangkah. Kitorang cross jalan kemudian ke kanan, dah tentu encik polis dan volunteer jaga lalu lintas. Dah ke kanan tu laluan kembali mendaki. Yang best kat sini sebab kiri kanan adalah hutan. Sungguh aku tak sangka kat tengah2 hutan batu ada hutan hijau ni.


Hutan di kiri kanan, redup je petang tu. Mungkin jugak hujan yang turun sebelum tu jadi faktor redup.

Aku suka larian ni sebab bawak aku lalu ikut jalan yang aku tak pernah jejak. Kami lalu di kawasan perumahan elit Bukit Tunku, di antara kehijauan hutan dan keadaan jalan yang hilly. Sempat jugaklah cuci mata walaupun kebanyakannya berpagar tinggi siap dengan security guard. Jalan yang kitorang lalu ni memang jarang dilalui kenderaan, sesekali je muncul. Tentunya jalan ini kami yang punya. Tapi bila habis laluan menurun terakhir tu, terus nampak jalan raya terbentang. Habis dah kesegaran tadi. 


Masa ni dah tak jauh dah ke destinasi. Alhamdulillah, cuaca redup lepas hujan bertahan sampai malam.


Jerebu punya pasal, Menara KL pun berbalam je nampak. Next month moh kita kira anak tangga menara pulak!

Lepas ambik medal dan air, aku tunggu dorang sampai. Masa konon2 nak gerak balik, tetiba dorang start dengan cabutan bertuah. Gigih kami tunggu dengan penuh harapan dan debaran. Tapi ternyata kami semua tak bertuah. Habis cabutan bertuah, kitorang bergambar dulu sebelum balik.


Gambar terakhir sebelum tinggalkan event venue.

Since bateri handphone aku memang dah nazak, aku drive balik berpandukan signboard dan instinct. Dah gelap dan tempat tak biasa, takde lah aku nak laju2. Memandu dengan penuh berhemah kot, risau kalau2 tersesat entah ke mana2. Itu pun aku dah terlalu ikut jalan jauh, pasrah ajelah asalkan selamat sampai.


Medal dan bib number untuk Bottled Hope Run 2016. Tak jauh, 7 km je untuk kali ini dan takde timing chip. Aku terlupa nak setting jam, so tak dapatlah nak tengok berapa lama masa aku ambik.


Sunday, April 17, 2016

100 plus outrunner 2016

Tahun ni dah masuk bulan ke empat, baru 2 kali aku join larian. Yang first adalah kampung run hujung February lepas. Aku banyak skip bila registration fee mahal berganda, kalau ada yang mampu register, date pulak tak ngam. Sabtu malam 100 plus outrunner adalah first night run untuk tahun ni.

Lepas Maghrib aku baru keluar rumah. Kalau ikutkan jarak, takde lah jauh mana rumah aku dengan Putrajaya. Tapi kadang2 tersangkut kat traffic light yang jadi lama tu. Sampai depan PICC, jalan biasa aku lalu nak ke parking site tutup pulak. Gigih aku cari jalan lain, sesat barat jugaklah. Jalan yang aku biasa pun tutup jugak, last2 aku terpaksa ikut jalan Desa Pinggiran Putra. Masa aku baru u-turn nak cari parking, bunga api dah diletupkan. Confirm perlepasan untuk kategori 10km.

Berpusing2 aku cari parking, sambil2 tu duk menjeling pelari berbaju putih tinggalkan starting point. Last2 aku parking kat tepi jalan nak masuk ke parking. Kelam kabut aku sarung stokin dan pakai kasut. Campak selipar masuk dalam kereta, capai pouch bag dan aku berlari ke starting point. Ada few peoples yang sama2 terlambat baru nak mulakan larian. Gigih aku kerah tenaga untuk tidak jadi yang terakhir. Masa sampai selekoh dekat dengan water station yang pertama, aku dah berada dalam kelompok pelari lain. 

Selain dari starting point yang di ubah, tak banyak beza laluan untuk larian 10km kali ni. Cuaca panas sekarang memang cepat je rasa dahaga. Walaupun malam, panas tetap terasa. Aku risau sebab sebelum larian ni aku langsung takde exercise. Last adalah masa aku berlari untuk kampung run. Lepas tu aku menternak lemak dengan jayanya. Alhamdulillah, kaki aku behave malam tadi. Cuma aku takde lah nak paksa diri beria, asalkan tak jadi yang terakhir aku sudah cukup berpuas hati. 

Pendapat peribadi aku, organizer tahun ni agak kelam kabut. Ini takde kena mengena dengan kelewatan aku. Tempat nak ambik snack pack jauh giler, dah lah takde signage. Bila aku tanya volunteer masa ambik medal, dia kata kat hujung. Jalan straight je. Tapi nan hado nya. Dah lah kawasan tu gelap, patut kena letak spotlight. Entah lah, dengan khemah air kat hujung sini, khemah snack pack kat hujung sana, memang berterabur. Kalau sebelum ni elok je, lepas dapat medal, depan sikit dah jumpa khemah untuk snack pack. Goodies bag pun takde :(

Snack pack pulak macam tak practical lah kali ni. Dorang bagi pisang sebijik dengan bihun yang dah sejuk dan keras. Aku tengok berlambak dorang buang dan tinggalkan merata kat kawasan lapang. Air kena pegi ambik kat khemah lain pulak. Leceh lah. Bihun tu tak patut pun, seharusnya bagi je roti macam biasa. Yang penting air, sebab masing2 dahaga akulah tu

Sebab dah kelam kabut dan frust, aku langsung tak ambik gambar kat tempat kejadian. Aku terus drive balik, singgah McD Kota Warisan tapau milo ais. Kecewa lagi bila minum tak rasa milo, dah lah cair, tak rasa manis langsung. Dengan kecewa berganda aku balik ke rumah. Nak singgah 7E pun dah takde hati.


Bib number dan medal.


Macam tahun lepas, medal tahun ni kecik cinonet jugak. Besar 2 jari je kot, bayar fee boleh tahan jugak mahalnya.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...